Zebra Print Pointer 2 -->

20 December 2013

Pengalaman di sekolah

Assalamualaikum readers


Awatlah aku tak terpikiaq update pasai pengalaman di sekolah before this sebab (macam- macam pernah jadi) (macam- macam pernah buat) masa aku pi menimba ilmu dekat SMK Bandar Baru Sintok. Aku ni taklah buaih tapi nakal, orang takkan nampak kenakalan aku disebalik muka aku hat innocent ni puiii bajet innocent. Godai!!! Hahahahaha

Pengalaman 1:

Biasalah dah nak dekat SPM, cikgu- cikgu semua busy cari soalan tahun- tahun lepas, ada yang pi meeting, ada yang busy gila so agak ramailah cikgu tak hadir ke sekolah then aku dengan kawan- kawan aku ni malas nak pakai uniform sekolah so kami pi buat peraturan sendiri dengan pakai t-shirt sukan. Sekolah aku ni setiap pagi ada perhimpunan tapi disebabkan aku form 5 kami ada kelas tambahan waktu pagi so memang tak kena lenguh kaki pi beratoq dekat tapak perhimpunan dengan junior junior kesayangan. Aku dengan kawan aku pun mai sekolah pakai t-shirt sukan, best gila boleh kangkang luaih- luaih takyah iron lagi. Tapi... ada pengawas mana entah pi report dekat cikgu pengawas then cikgu tu mai buat spotcheck dekat kelas- kelas form 5 yang lawaknya dia start spotcheck dari kelas- kelas hat belakang dulu then baru kelas aku, so aku dapat tau, bila dia mai kelas aku ja, aku dengan kawan aku dari dok duduk atas kerusi pi lari duduk bawah meja kawan aku sebab cuak takut kena marah dengan dia, nasib baik dia tak masuk kelas aku tengok sensorang, dia berdiri dekat pintu masuk kelas aku ja and satu lagi nasib baiklah time tu kelas aku memang semua orang busy jalan merata, memang susah dia nak nampak aku dengan kawan aku, Ifa dok bawah meja dengan muka cuak tak terkata. Sumpah lawak time tu.

Pengalaman 2:

Aku ingat lagi masa aku form 3 tak silap time bulan Ramadhan aku tetiba ja rasa macam nak bagi something dekat mak cik/ pak cik cleaner sekolah aku. So, aku pun ajaklah kengkawan aku join sekali. Lepas rehat kot kami pi bagi dekat depa, aku bagi macam- macam dekat depa, rasa puaih and seronok dapat bagi  something dekat orang yang dah berumuq and buat keja berat- berat ni, even aku pon tak buat dekat rumah. So, start dari situlah aku mula rasa nak bina rumah orang tua bila aku besaq nanti, aku nak simpan duit bebanyak then buat bangunan besaq- besaq untuk depa. Sapa hat buang mak pak tu memang bangang. 

Pengalaman 3:

Aku suka makan, makan makan makan. Tidoq pun aku suka jugak tapi bila dekat sekolah aku takleh nak tidoq cuma aku mengantuk tapi takleh tidoq. Get it?  Pagi- pagi kalau aku mai sekolah awai, aku akan ajak kawan aku pi kantin teman aku beli teh ais or kuih muih dekat sana sebab time perhimpunan boleh makan senyap- senyap. Teruk gila, buat macam kebuluran. Lepas habis perhimpunan, semua masuk kelas belajaq aku dengan geng- geng aku selalu tengok jam dinding kalau rosak depa akan tanya aku "weh, miyah pukul berapa dah" aku jawab then semua kata "lapaq ni, lapaq kuih burger", kami semua ada fikiran yang sama. Fyi, masa form 5 ni selalu gak ah keluaq rehat lambat then kuih burger selalu habis, biasalah paling laris kateko! Disebabkan kuih burger habis kami akan beli donut sekurang- kurangnya 3 bijik, tapi aku selalu jugak beli 6 bijik biasalah kebuluran. Haaaa tapi kalau dapat keluaq awai, tangan aku akan penuh, poket baju aku akan kembung sebab aku shopping macam- macam kuih like kuih burger(6bijik) donut (3bijik) teh aish (sebungkus) sandwich (1or2 bungkus) then aku akan makan time cikgu- cikgu tengah mengajaq. Hahahahahaha time aku makan tu, kawan aku yang paling annoying, Amzar akan kata "cikgu, miyah makan" while senyum jahat dekat aku. Sometimes kantoi, sometimes dak sebab ada ja Amzar ni kacau aku, tak padan dengan rambut maggi. Hahahaha btw aku rindu dia(takdak kaitan)

Pengalaman 4:

Aku rasa pengalaman ni paling teruk aku pernah buat dekat sekolah taktau pasaipa. Dulu masa form 1, aku ada boyfriend nama apa entah aku dah lupa. Hikhikhik. So, dulu aku selalu bawak phone pi sekolah, tak silap aku takdak spotcheck phone sebab well yalah, aku dok bawak tapi tak pernah kena rampas pun not even once. Aku dok depan sekali masa form 1 and aku selalu text dengan boyfriend aku, taktau text aku, tapi memang selalu ah yang peliknya aku tak pernah kantoi dengan sesapa pun tambah lagi dengan cikgu. Hahahahaha, legend gila aku. Tolong jangan buat macam ni ya adik- adik tapi yang syioknya masa aku form 1 result aku elok ja walaupun aku dok main phone dalam kelas tapi janganlah tiru, cik nak cerita pengalaman cik ja. Hahahahahaha

Pengalaman 5:

Aku jadi pengawas dari form 2 sampailah form 4, form 5 aku letak jawatan sebab well ada sebab tertentu. Then aku drop subject add maths, aku rasa macam heaven gila! Setiap kali akalu ada waktu add maths, aku dengang kengkawan aku selalu pi kantin cari makanan sebab tak tahan lapaq, eeeish direct makan patutlah lembab aku ni haaaa, padanlah muka hang!

Pengalaman 6:

Masa form 5, aku dapat Sir yang paling selamba untuk ajaq English. Sir selalu bagi homework tapi aku tak pernah siap, tak pernah sekali pon, bajet pandai English weh macam ni lah jadinya. Setiap kali waktu English aku mesti sembang, makan, kacau Ashraf, gelak- gelak & banyak lagi. Tapi, setiap kali kalau aku tengah buat benda hat tak sepatutnya Sir mesti panggil aku suruh jawab soalan, baca petikan, itulah inilah, sometimes kena marah dengan dia pun ada. Hahahaha. Time kena jawab soalan dengan baca petikan tu lawak sebab aku tak pernah concentrate time dia mengajaq jadinya aku taktau nak cakap apa, kawan- kawan aku pon sama ja macam aku so takdak sapa dapat tolong kenalah dengaq bebelah Sir like "saya peliklah, saya punya ajaq tapi kami tak focus, kamu nak spm ni......" and so on.

AKU TAK SEDAQ PON DOK CAMTU JA!!! Hahahaha teruk!

Pengalaman 7:

Sekolah aku ni disiplin agak ketat jugak, agak ketat k. Masa aku form 1 aku selalu mai sekolah lambat, bukan salah aku tapi salah parents and adik- adik aku yang melengah-lengahkan masa dengan bangun lewat, bersiap lewat and sometimes adik aku, Uwais ada ja dia tertinggal stoking, kasut, buku and sometimes BEG SEKOLAH????!! Apa masalah dia pon aku taktau, ada ja nak bagi aku pi sekolah lewat, kalau dah situasi macam tu memang takdak harapanlah aku sampai awai sekolah, redha ja lah. Rumah aku dengan sekolah ambik masa 30 minit, kalau bertolak pukul 6.45am memang confirm sampai awai tapi aku selalu bertolak pukul 7am, 30 minutes left kan? Sometimes, pagar sekolah on the way tutup aku baru sampai but sometimes, pengawas kedekut so depa tak bagi peluanglah. Disebabkan aku selalu lewat, aku selalu kena denda kutip sampah, macam taik gila ah tapi yang tu takpa lagi, nak tau pasaipa? Yang teruknya aku kena berdiri depan tapak perhimpunan dengan pelajar- pelajar tengah beratuq, aku dok ternganga depan depa, dahlah takdak geng tambah pulak haritu aku takdak mood, memang macam susu basi ja muka aku, senyum pun aku taktau macam mana dah sebab aku geram dekat cikgu aku (aipppp, jangan geram- geram dekat cikgu tau) Sebab cikgu dok dendalah, masa form 2 aku tak pernah lewat, not even once (ya kot) Satu lagi sebab aku pengawas, takkan aku nak mai lewat selalu? confirm kena letak jawatan nanti and confirm kena makan dengan cikgu pengawas yang garang tu. Muehehehe.

Pengalaman 8:

Aku pernah jatuh depan sekolah, betapa bendulnya aku time tu. Taktaulah aku dok pikiaq apa kan, dahlah tempat tu bukit & licin & ramai orang dok lalu lalang, sumpah aku malu tak terkata weh. Takmau ingat, nasib baik aku tak nangis time tu. Form 5 dah, takkan nangis kot? Jatuh maruah junior- junior tengok. Muehehe. Nasib malanglah pepagi buta pon, habis baju, kasut & bag aku kotoq. Cedihnyerwz

So, anak- anak....

1- Ikutlah peraturan sekolah, kalau tak anda yang kena denda. Sapa yang teruk? Anda jugak.

2- Berbuat baiklah kepada makhluk Allah swt. Takdak ruginya, kita dapat bantu orang susah&kita sendiri dapat pahala.

3- Jangan dok makan dalam kelas, jangan makan banyak nanti otak lambat pusing, dok statik ja pehtu kurang pandai.

4- Jangan bawak phone ke sekolah/ Jangan main phone di sekolah/ Jangan couple (hm, tipu ni)

5- Janganlah drop subject. Aku drop subject pun sebab memang aku kurang kurang kurang pandai add maths tu. Maths pun lambat apatah lagi add maths? Only Allah knows...

6- Jangan tangguh homework/ Buat homework bagi siap/ Dengaq cakap cikgu

7- Jangan mai sekolah lewat, biaq pi lah kalau tak kena denda pun kalau boleh jangan mai lewat, lewat pun jangan lebih 3 kali. Masa itu emas, mai sekolah awai pi date ngan marka dulu (ini bongok) mai sekolah awai pi lah baca buka ka study ka or buat baik dekat sekolah like kutip sampah, kemas kelas etc.

8- Please time jalan tengoklah keadaan, jangan dok berangan pasai boyfriend ka apa ka, nanti hang jatuh hang jugak yang malu.

banyak lagi pengalaman "nuckarl nuckcarl" yang pernah aku buat dekat SMK Bandar Baru Sintok tapi aku shot term memory, takleh nak sambung cerita lah kan? So, till then..


Aku duduk macam samseng. Diana (bawah) Aku (tengah) Mira (Kanan) Time form 4, orang lain tengah kemas kelas, aku dengan geng aku lepak dekat tangga while nyanyi & buat video gila. Hahaha good old times. Teheeeeee

Salam & Sayonara

17 December 2013

Cita citaku

Assalamualaikum readers

Giat pulak aku update blog kali ni maybe sebab aku boring sangat dekat rumah sampai taktau nak buat apa so, aku pun capai netbook then type apa yang terlintas dalam kepala hotak daku ini. Kali ni aku nak cerita pasal cita cita aku dari aku 5 tahun sampailah sekarang, 18 tahun of course!

 (5-14 tahun)

Hmm, masa peringkat umuq ni, aku nak tunjuk yang aku ni bukanlah budak yang excellent. Aku lambat banyak, susah nak paham tambah tambah maths sebab tu cita- cita pun aku taktau natang apa. Hahaha. Ohh btw, dulu masa aku 5-6 tahun gigi aku selalu patah then aku lap dekat tudung aku then tudung aku dipenuhi darah, pandai dak? And aku macam jantan dulu, tak main ah girly girly. Mihmihmih
(15 tahun) 

 Umuq 15 ja, mesti kebanyakkan cikgu kata kena ada cita- cita, tahun ni nak pmr, kenalah belajaq bersungguh- sungguh masuk sekolah elite (takdak kaitan kot dengan cita- cita) hahaha. Waktu aku form 3, kepala aku dok pikiaq nak jadi doktor ja hat lain takmau, tapi jadi doktor apa pun aku taktau. Pandai dak? Kalau cikgu tanya cita cita sensorang, aku gagahlah kalut tanya orang sebelah nak tiru cita cita depa sebabnya aku blank gila taktau nak jadi apa. Hahaha.
(16-17 tahun)

Masa form 4 bila cikgu tanya cita cita bajet semangatlah jawab tapi tak serious sikit pun sebab malas nak layan cikgu jawab pi la natang apa pun. Kepala hotak dok pikiaq nak balik rumah and nak date lepas kelas. Hahahaha pandai dak? Masuk form 5, cikgu direct buat serious tanya cita cita tapi aku dok garu pala lagu tu lah yang lain cita cita semua kebanyakkan nak jadi popular, dulu nak jadi ustaz/ ustazah la ni model lah, pelakon lah, penyanyi lah, macam- macam tapi hat syioknya ada jugak buat taktau cikgu tanya apa (itu kureng namanya) Tapi, aku dok ternganga sensorang taktau nak jawab apa.

Dulu time tunggu result SPM aku boringlah duduk rumah soooooooo setiap weekend aku selalu jugaklah duduk rumah teman tok aku tengok Safiyya. Okay, Safiyya ada dekat Tv9 hari apa aku tak ingat. Tok aku selalu paksa aku tengok dengan dia, ada ja dia kata tengok cara depa pakai tudung belit sana sini, adik tengoklah. Aku pun tengok sampai habeh tapi taklah selalu tengok tapi(banyak kali) first time tengok aku dah jatuh hati dengan pengacara Safiyya (Liyana Hisham) ya Allah, sumpah dia cantik sampaikan hari tu tengok haritu jugak aku nak jadi host.

SEBAB DIA CANTIK KA AKU TERUIH NAK JADI HOST? 

Dak, aku tengok gaya dia cakap, try makan makanan negeri- negeri lain, melawat kedai- kedai hat comei lote, interview depa ni, interview depa tu membuatkan aku teringin nak jadi macam dia. Aku takdaklah berani sangat nak cakap depan orang ramai, tambah pulak nak masuk dalam tv memang ketaq lutut lah cik tapi kalau diberi peluang, apa salahnya? Nak ja aku jadi host. Teringin tak terkata.

Kalaulah boleh tengok masa depan kita, mesti best kan? Mesti kita belajaq bersungguh sungguh. Tapi, malangnya memang kita tak boleh tengok pun, memang dalam dunia ni apa pun kena bersungguh sungguh, berak pun kena bersungguh sungguh what? Hahahaha, k aku loklaq. So, yang masih lagi dalam kekeliruan pasai cita cita, toksah dok buat tension teruklah, pi belajaq/ keja bersungguh sungguh, insyaAllah kita akan jadi apa yang kita nak jadi. Kuasa Allah swt jangan disoalkan, keep on praying!!!


Aku harap cita cita aku as a host kekal sampai bila bila, and aku harap aku akan jadi host yang agak dikenali suatu hari nanti bukan dekat Malaysia ja malah negara lain jugak. Hahahahahahaha, break a leg!!

Doa memohon berjaya dalam pelajaran atau mengejar cita cita
(source: funcrayons.blogspot.com)


Terjemahan:
'Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk kami (dalam menyelesaikan urusan kami)

[Surah Al- Kahfi, Ayat 10]

Salam & Sayonara

Tak semua orang suka kita

Assalamualaikum readers

Dalam hidup ni, bohonglah kalau kita takdak tak suka dekat sesapa even strangers pun kita boleh senang lenang tak suka depa tambahlah orang yang kita kenai, bertambah tambah bencinya. Lumrah hidup.

Kadang- kadang aku ada jugak terpikiaq. Ada dak orang tak suka aku? Ada dak orang benci aku? Ada dak orang anggap aku ni enemy dia? Yala, sebab aku ni well hm hm.... Entahlah, taktau nak describe diri sendiri macam mana, rasa macam banyak yang buruk ja. Malu nak habaq dekat sini. Hahahaha.

Macam mana nak bagi orang suka dekat kita ha? Kita kena selalu friendly ka? Kita kena start senyum dulu dekat orang lain ka? Sometimes, bila kita being friendly dengan strangers, nanti orang kata kita nak menguratlah, gediklah, galaklah, macam- macam. Mulut manusia memang tak mudah, tak mudah cakap benda yang elok- elok ada ja dia nak cakap ikut kepala dia.

Kalau boleh aku nak ja semua orang suka aku, tak kisahlah yang kenai ka yang tak kenai ka. Aku nak semua suka aku. Tapi tu mustahil, sebab tak semua orang suka kita. Takkan.

Seseorang tu hodoh pun, manusia boleh tak suka dia.
Seseorang tu bodoh pun, manusia boleh tak suka dia.
Seseorang tu miskin pun, manusia boleh tak suka dia.
Seseorang tu alim pun, manusia boleh tak suka dia.
Seseorang tu baik pun, manusia boleh tak suka dia.

Kadang- kadang aku pelik jugak, sebab seseorang tu macam salah satu (kenyataan atas) tu boleh pulak manusia nak tak suka dekat depa. Hina sangat ka? lainlah kalau depa ada buat salah ka. Awat kalau seseorang tu miskin, dia ganggu hidup kita ka? Dia takleh bayaq hutang kita balik? piiirahhhh! Tau mana? Entah entah esok lusa dia kaya dari kita lagi, dia bayaq hutang lebih dari apa yang dia pinjam baru kita nak ternganga. Kalau kita kaya apa salahnya kita tolong orang yang susah? Tak rugi apa pun, kita dapat pahala, kita dikenang jasa. Tak syiok ka lagutu?

Yang aku peliknya, kita lagi suka dekat seseorang yang suka buat benda salah. Like, tak lama lagi nak raya  tetiba kawan kita beli mercun and cadang nak baling dekat bebudak perempuan saja nak dengaq depa menjerit, kita pun bengap kot pi setuju then join baling mercun dekat depa. Apa motif kita? Godai lah kalau kita macam ni. As a friend, kita kenalah nasihat kawan kita yang agak bengap tu supaya jangan bengap sangat buat benda yang tak elok, hang tu dahlah bengap dah satgi lagi bengap (yang ni aku gegeh pi tambah) daaaaak! nasihat kawan kita leklok, baru dia sedaq, baru dia paham, InsyaAllah dia tak buat dah kalau dia buat lagipun, tugas kita dah lepas sebab kita dah nasihat tapi dia yang bengap takmau dengaq cakap kita.

tapi.... ada tapinya... kalau kita nasihat then kawan kita takmau dengaq, dia still nak go on dengan benda bengap yang dia nak buat tu janganlah dok mintak dia mati awai ka, kena kacau hantu ka malah kita doa yang terbaik untuk dia. Kita dapat pahala doakan dia then kawan kita tu insyaAllah dia tak buat benda- benda hat tak elok dah. Kan baguih camtu?

Seelok- eloknya biaqlah orang tak suka kita pun asalkan kita tak buat benda buruk. Lagi tu orang tak suka kita, lagi tu kita doakan yang terbaik untuk depa and jangan kita give up buat benda baik dalam dunia ni. Tapi, ingat baik tu biarlah berpada pada, benci jangan sekali tau. Btw, solat ingat jugak (wajib) solat tu tiang agama. InsyaAllah kalau kita solat doa- doa kita akan Allah makbulkan suatu hari nanti.
Manusia memang ada pelbagai jenis perangai. Rambut sama hitam hati masing- masing berlainan tapi janganlah kita senang lenang nak benci seseorang tu, depa pun makhluk Allah swt jugak, sama macam kita ni. Kita pun tak baguih tara mana sangat, nak benci orang pulak???
Salam & Sayonara

13 December 2013

Kisahku di Kptm Kuantan

Assalamualaikum readers


Hai... Rindunya nak blogging tapi jadi malaih teruklah bila kepala kata nak update blog padahai berjuta- juta cerita gua nak kasi tau sama lu.

Alhamdulillah, aku hidup lagi bersyukur terhadap Allah swt. Hahhhh *hembus nafas while kembang hidung* Tahun depan aku dah 19 tahun, besaq dan berumur dah aku ni pon. Agak- agak boleh dakgi buat bini orang? uhux uhux. Btw, aku sedih tengok aku sekarang. Sumpah sedih, macam manalah berat aku dari 45kg boleh pi 56-58kg? Rasa macam gemok&berat gila, target aku 50 ja tapi lemak lemak gatai pi tambah angka kat belakang terpaksalah aku terima pon. NAK BUAT LAGU MANA LAGI?

So, aku kena diet lah nanti. Peha besaq, lengan besaq, muka chubby, habehlah tak dipandang Taylor Lautner. "Janganlah gitu abe". Hahahaha aku perasan k perasan.

Aku dok dekat Kptm Kuantan lebih kurang 4 bulan&beberapa hari. Aku tak pernah rasa syok macam aku rasa time dekat sekolah. Tak syok langsung, rasa macam nak masuk tingkatan 1 balik pon ada. Aku taktau apa yang membuatkan aku kata tak syok maybe sebab Kptm Kuantan ni kecik (gila), facilities agak (sangat) hambar, student tak ramai (langsung) even tahun aku pecah record 900+ student daftar situ. 

 Fyi, aku teringinlah nak cerita pasai orintasi Kptm Kuantan malangnya tak boleh. Janganlah tanya pasaipa tak boleh eh dak dak, aku nak bagitau jugak...sebabnya orientasi tak best langsung and macam sia sia ja. Sumpah aku takdak kenangan apa pon time orientasi, dapat ahli group pun sombong- sombong belaka entah kenal muka aku ka dak pon taktau. Orang segak, hensem, molek manalah nak sembang dengan aku kan? *garu ketiak* tapi takpa aku tak kisah sebab orientasi 3 hari ja then balik bilik sambung nangis(ALL THE TIME) sampai parents&sbilings pon risau and taktau nak buatpa. Boleh dikatakan selepas 2 bulan baru aku 100% normal dekat sana, no more tears (cik besaq dah) ambik masa lama jugak ah aku nak okay pon.

Lepas 2 bulan, aku rasa aku baru dapat kawan hat betoi betoi kawan kot. Masa orientasi, aku selalu dengan roomate aku dengan kakak Iya ja, now I don't really talk with them bukan sombong tapi masing- masing buat hal sendiri so aku dapat kawan baru. Mula- mula aku kawan dengan Peanut (Johorean/classmate) first kenai sumpah dia pendiam then lama lama tudia paling hingaq dalam kelas baq hang and dia pandai gila tapi sumpah humble, bila aku kata "peanut takpalah pandai, dapat byk A dalam SPM" then she said "Ish, Mia ni kenape? SPM je pon hek eleh *muka marah*. Then, aku kawan dengan Tasha (Ganu kite/classmate) well dia ni sentiasa dok selfie sensorang and sumpah dia baik sangat dengan aku, dia layan aku macam adik dia. So, aku dengan Peanut&Tasha bergabung bersatu...

Tak lama kemudian, aku berkawan dengan Sarah (Ganu kite/classmate) sebenaqnya dari orientasi lagi aku dok usha Sarah, janganlah kata aku lesbian bukan apa aku tertarik dengan dia sebab dia sumpah tinggi and comel, tengok- tengok dia classmate aku. Aku ingat lagi masa mula kenai dia, aku dok depan meja dia dengan Tasha/ Peanut and fyi sebelah kiri aku kosong tapi dengan peliknya Sarah duduk belakang meja kosong tu. Aku pun teguqlah dia suruh duduk tepi aku so start situlah kami jadi rapat. Sarah ni lemah lembut orangnya, baik hati (terlebih lebih lebih baik) and self-esteem dia low habeh tahap selalu ja kena marah dengan aku kalau dia kata "saya tak rase" "saya hodoh" etc. Geram ja aku dengaq...

Orang keempat aku kenai pulak, Fiza (Selangor/classmate) kecik kemetot orangnya. Aku start kenai pun sebab kena buat presentation Communication Theory (apakah?) Hahahaha. Aku dengan dia nak beli kertas mahjung dekat Campus Mart (CM) tapi disebabkan hambar sangat CM tersebut, kertas mahjung takdak. So aku decide lepas class nak keluaq pi kedai alat tulis then Fiza join. Time tu panaih gila and kami baru ja kenai/ sembang memang sat ja boleh masuk kepala. Aku dengan Fiza ni kuwajo 24/7 tak pernah nak cakap baik- baik, kalau ya pon satgi ada lah salah sorang ko/hg ingat sweet? Hahahaha

Orang kelima aku kenai, Dylla (Kelantanese/classmate) yaaaa aku dok kawan dengan classmate ja ramai. Dylla ni orang Kelantan tapi cakap Kelantan dakpon, bila dia kecek ja tak macam cakap Kelantan langsung. Aku tak ingat macam mana aku boleh rapat dengan dia. Dylla ni species happy go lucky, dia tak suka campur dalam masalah orang and bila tengok dia memang macam dia takdak masalah langsung (ada ka dak manalah aku nakpi tau) Satu lagi, dia suka kucing bagi dia kucing kena banjir lagi masalah besaq than manusia. Hahahaha pencita kucing kateko! Ohhh, sebelum tak terhabaq Dylla ni pasangan nafsu aku, aku dengan dia suka buat benda bukan- bukan yang 18 above ja boleh tengok (please, jangan tanya apa)

Then aku kenai gang Pekan, aku panggil depa gang Pekan sebab depa 3 orang dari Pekan hiks. Depa selalu 3 orang, yang paling matang/ baik (Zana) yang paling supporting (Ika) yang paling gila nak mampoih suka bagi kawan kawan gelak (Anem) Depa 3 sumpah gila, aku tak pernah jumpa orang segila depa. Kalau sesapa ja ada masalah then pi sembang dengan depa, lupa sat ja masalah. Serious aku tak tipu sebab aku pernah alami dah. Paling aku suka pasai depa ni, depa jenis supporting and tak berkira langsung. Walaupun depa free hair, rambut depa 3 sentiasa wangi. Aku suka bau (creepy-nya aku) Hahahahaha.

Last but not least, aku kenai Miza. Aku kenai Miza sebab..... well takleh cerita walaupun hang tak tanya, aku saja pi nakpi habaq takleh pon. Hahahaha. Miza ni jadi roomate baru aku, dia selalu cakap macam menjerit dahlah suara kalah budak darjah 6 sumpah annoying. Aku dengan Miza selalu bergambaq sesama, bila aku bawak keluaq phone ja, dialah orang first dok tepi aku tersengih sengih sensorang, bila aku tanya "hang pasaipa gila" dia jawab sambil sambil buat muka comei "aku nak ambik gambaq gak, hihi".Aku selalu bash dia, tapi dia takkan berani bash aku, sebab tu aku sayang dia lebih (tipu je) Fyi, tengah tengah malam dia selalu kena rogol dengan aku sampai tak larat nak gelak and penat. Rogol tetipu ja k, jangan terpedaya.


Semua yang aku list nama tu, semua gang aku, semua aku sayang, depalah yang selalu bagi aku happy and if takdak depa aku tak rasa aku student Kptm Kuantan lagi... tolonglah kembangkan bontot hampa.


Ohhh yeah.... aku tak pernah seronok duduk sana, ya walaupun ada kawan tapi hati aku susah gila nak rasa free and 100% happy aku pon taktau kenapa and sometimes aku rasa macam nak pindah ja. Sometimes apanya macam every time ja. Maybe aku still tak dapat terima kenyataan yang aku ni bukan lagi budak sekolah. Aku tak happy pun setiap kali balik kptm, tak happy langsung. Setiap kali balik sana, aku mesti menangis entah bila nak okay. Aku tak happy... aku tak happy langsung.. aku sendiri taktau kenapa. Aku just bersyukur dapat ramai kawan yang selalu ada dengan aku in wtv situation pun. Aku sayang hampa, aku bersyukur dapat kawan macam hampa cuma sometimes hati aku just tak tenang kat sana maybe sebab kptm bukanlah pilihan aku...

LANGSUNG BUKAN!!!

But hey, I want to be a host someday. Aku jugak bersyukur sebab ada rezeki untuk aku sambung belajaq, Alhamdulillah. Ingat, dimana kita belajaq pun, bersyukurlah sebab tak semua dapat sambung belajaq macam kita, ada yang susah sampai tak sanggup nak bayaq yuran sekolah/kolej/universiti so berterima kasihlah kepadaNya tau hiks. Oh, fyi I want to travel all around the world with my one and only family (tok, ayah, umi, kakak, abang, Ipan, Uwis) so kenalah rajin&berusaha, kan? I really want to make my parents happy. Pray for me tau!!

Sometimes, kita kena ketepikan personal feelings/ thoughts untuk berjaya. Sapalah takmau berjaya dalam dunia ni? Semua nak kan? Jomlah pulun after this!!! Pulun Kedah Pulun. Work your ass off, Mia!!! 

Salam & Sayonara